Perjalanan dari jeti ke Pulau Redang..ombak bulan April masih terasa kuat..
Sampai di Redang Kalong Resort..satu-satunya resort yang masih ada di sebelah pantai ini (yang lain semua tertumpu di Long Beach dekat belakang hutan tu).Sesapa yang nakkan ketenangan di pantai, resort ini pasti sesuai.
Perasaan puas hati setelah lama merancang untuk bercuti bersama kawan-kawan...teringat pulak kat salah sorang instructor snorkeling tu, Ah Tim. Sambil mengetuk loceng dia menjerit-jerit,"Snorkeling! Snorkeling! Snorkeling!!"....apalagi, dah sampainya masa kita bersnorkeling!!
| jangan tiru aksi ini di rumah |
Dah penat snorkeling, tentulah dah lapar pulakkan..apalagi sental la makanan puas-puas sampai muntah..haha.lepas makan kita berhibur sebelum tidur.
Kalau tak ke mana-mana waktu siang, dekat Redang Kalong Resort ada pelbagai aktiviti lapangan yang boleh diisi-indoor game seperti carrom, chess, pool, congkak (ntah betul ke ada,xingat), ping pong...semua permainan nak rasa.
Percutian kami selama 3 hari 2 malam yang cukup memuaskan-ditambah pula hanya RM200 je harga pakej kami (termasuk bas dari kl-merang-kl)..pendek kata ada sahabat agen ni bertuah juga...bleh dapat harga kawan-kawan...anyway kalau ada masa lagi, akan pergi lagi ke sini walaupun bukan dengan harga yang sama...

sikit je crita 3hari 2 malam, hehe
ReplyDeletebiasala bru nak torai
ReplyDelete