
Selamat Hari Tangan Kidal Sedunia diucapkan kepada mereka yang bertangan kidal. yeayyy! *____*v

Untuk siapa-siapa yg tak tahu bila jatuhnya hari tangan kiri sedunia nih, meh saya share sikit trivia (wah, trivia tu) mengenai hari istimewa utk si tangan kidal yg comel =)
menurut Wikipedia, 13 haribulan Ogos setiap tahun dikhaskan untuk International Lefthanders Day oleh Lefthanders International. Ianya mula diperkenalkan pada 13 Ogos 1976. Hari Si Kidal (bukan si Capik ok!) diperkenalkan untuk memberi kesedaran mengenai kesukaran yang dihadapi oleh si kidal di dunia yang banyak didominasi oleh mereka-mereka dari dunia tangan kanan. Dianggarkan terdapat antara 7 hingga 10 peratus (%) daripada populasi di dunia adalah terdiri daripada si kidal yang merupakan antara mereka yang memiliki keunikan dan kelainan yang tersendiri.
Ayat ini diterjemah daripada website ini
Ok, nak tau sapa antara tokoh yang terkenal dikalangan left-handers? sila scroll ke bawah
cuba teka tgn sapa?
tadaaa! mr president barack obama =)

selain dari dia, ada beberapa orang presiden amerika yg merupakan si kidal yang comel =)
- James A. Garfield (1831-1881) 20th
- Herbert Hoover (1874-1964) 31st
- Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
- Gerald Ford (1913- ) 38th
- Ronald Reagan (1911 - ) 40th
- George H.W. Bush (1924- ) 41st
- Bill Clinton (1946- ) 42nd
Selain daripada mereka, dikhabarkan Alaxender the Great, Julius Ceasar, Napoléon Bonaparte adalah lefties juga. Tu blm cerita celebrity atau anak raja yang termasuk dalam golongan lefties antaranya Prince Charles of England, Prince William of England, Henry Ford, Kurt Cobain (Nirvana), Phil Collins (Genesis), Martina McBride (AKU PALING SUKA LAGU MY VALENTINE DIA OH!) , Paul McCartney (the Beatles), Ayrton Senna (Formula 1 driver), Valentino Rossi (motorcycle racer), Diego Armando Maradona (soccer) , Pelé -Edson Arantes do Nascimento (soccer), Romario (soccer), Rafael Nadal (Tenis) dan ramai lagi. Nak tau sila tanye pokcik google ye ;)
Bila saya kaji (cewahhh, kaji sgt!) memang siapa yang ditakdirkan kidal memang sangat istimewa dan sebab diorang ada keistimewaan tu agaknye diorg dapat menjadi seorang pemimpin atau orang yang terkenal dan berjaya.
Hrmmm...tiba-tiba rasa nak tulis guna tangan kiri, hehe...dlu penah jugak tulis guna tangan kiri masa eksiden jatuh basikal. Abes ibu jari tangan kanan kena balut jadi terpaksalah menulis guna tangan kiri. Nasib baik masa tu dan abes assignment Japanese Painting kalo tak menanges la ;(Ok la, nnt ada masa nak update lagi la pasal si kidal yang comel ini. So kepada si kidal- si kidal yang comel dan cute, selamat meraikan hari anda *sambil melambai-lambai pada encik kidal yang comel*
No comments:
Post a Comment