Thursday, October 7, 2010

salam aidilfitri

assalamualaikum wbt. harini merupakan hari terakhir umat islam menyambut Syawal, Jumaat 29 Syawal. so disebabkan kesibukan kami tak sempat lagi mengucapkan ucapan hari raya kepada pembaca2 blog ini ;p

S A L A M
A I D I L F I T R I
1 4 3 1 h i j r a h

kepada umat Islam yang sudi membaca blog kami ini =)

Tuesday, August 31, 2010

Juadah berbuka campur wain

MyMetro 31/8/2010 
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.

BUKTI...antara produk mengandungi alkohol yang ditemui di dapur restoran terbabit.
BUKTI...antara produk mengandungi alkohol yang ditemui di dapur restoran terbabit.
Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran turut sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim yang dicetak pada katalog menu bagi meyakinkan pelanggan yang menyangka restoran itu mendapat pentauliahan sijil halal Jakim.

Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah memeriksa restoran terbabit yang menganjurkan bufet Ramadan.

Sumber Jakim berkata, restoran terbabit sebelum ini mengundang tanda tanya pegawai Jakim dan KPDNKK berikutan didapati sengaja menjual minuman keras dan wain kepada pelanggan walaupun pada masa sama menganjurkan bufet Ramadan.

“Pemeriksaan lanjut di dapur restoran terbabit menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan chef sebagai bahan dalam masakan.

“Ketika disoal siasat, chef bukan beragama Islam terbabit mengaku mencampurkan wain itu ketika memasak juadah yang disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan,” katanya.

TIPU...logo halal Jakim palsu pada menu restoran terbabit.
TIPU...logo halal Jakim palsu pada menu restoran terbabit.
Menurutnya, chef terbabit turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.

“Pemilik restoran terbabit tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim tidak akan membenarkan logo itu diguna pakai berikutan restoran terbabit turut menawarkan arak kepada pelanggan.

“Pihak pengurusan restoran terbabit diberikan notis. Berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal jakim, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Difahamkan, operasi terbabit antara puluhan pemeriksaan dan operasi berterusan dilakukan pihak Jakim terhadap hotel dan restoran sekitar ibu negara yang menawarkan bufet Ramadan sejak hari pertama puasa lalu. 

                                            --------------------------------------- 



*ish3..denda tak cukup, lagi bagus kalau org awam tahu restoran mana yg tergamak uat camtu, silap aribulan aku plak yg termakan kt situ..huhuhu...

   

Thursday, August 12, 2010

Happy Left-Handers Day!

Selamat Hari Tangan Kidal Sedunia diucapkan kepada mereka yang bertangan kidal. yeayyy! *____*v
Untuk siapa-siapa yg tak tahu bila jatuhnya hari tangan kiri sedunia nih, meh saya share sikit trivia (wah, trivia tu) mengenai hari istimewa utk si tangan kidal yg comel =)

menurut Wikipedia, 13 haribulan Ogos setiap tahun dikhaskan untuk International Lefthanders Day oleh Lefthanders International. Ianya mula diperkenalkan pada 13 Ogos 1976. Hari Si Kidal (bukan si Capik ok!) diperkenalkan untuk memberi kesedaran mengenai kesukaran yang dihadapi oleh si kidal di dunia yang banyak didominasi oleh mereka-mereka dari dunia tangan kanan. Dianggarkan terdapat antara 7 hingga 10 peratus (%) daripada populasi di dunia adalah terdiri daripada si kidal yang merupakan antara mereka yang memiliki keunikan dan kelainan yang tersendiri.

Ayat ini diterjemah daripada website ini

Ok, nak tau sapa antara tokoh yang terkenal dikalangan left-handers? sila scroll ke bawah

cuba teka tgn sapa?


tadaaa! mr president barack obama =)

selain dari dia, ada beberapa orang presiden amerika yg merupakan si kidal yang comel =)
  • James A. Garfield (1831-1881) 20th
  • Herbert Hoover (1874-1964) 31st
  • Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
  • Gerald Ford (1913- ) 38th
  • Ronald Reagan (1911 - ) 40th
  • George H.W. Bush (1924- ) 41st
  • Bill Clinton (1946- ) 42nd
Selain daripada mereka, dikhabarkan Alaxender the Great, Julius Ceasar, Napoléon Bonaparte adalah lefties juga. Tu blm cerita celebrity atau anak raja yang termasuk dalam golongan lefties antaranya Prince Charles of England, Prince William of England, Henry Ford, Kurt Cobain (Nirvana), Phil Collins (Genesis), Martina McBride (AKU PALING SUKA LAGU MY VALENTINE DIA OH!) , Paul McCartney (the Beatles), Ayrton Senna (Formula 1 driver), Valentino Rossi (motorcycle racer), Diego Armando Maradona (soccer) , Pelé -Edson Arantes do Nascimento (soccer), Romario (soccer), Rafael Nadal (Tenis) dan ramai lagi. Nak tau sila tanye pokcik google ye ;)

Bila saya kaji (cewahhh, kaji sgt!) memang siapa yang ditakdirkan kidal memang sangat istimewa dan sebab diorang ada keistimewaan tu agaknye diorg dapat menjadi seorang pemimpin atau orang yang terkenal dan berjaya.

Hrmmm...tiba-tiba rasa nak tulis guna tangan kiri, hehe...dlu penah jugak tulis guna tangan kiri masa eksiden jatuh basikal. Abes ibu jari tangan kanan kena balut jadi terpaksalah menulis guna tangan kiri. Nasib baik masa tu dan abes assignment Japanese Painting kalo tak menanges la ;(

Ok la, nnt ada masa nak update lagi la pasal si kidal yang comel ini. So kepada si kidal- si kidal yang comel dan cute, selamat meraikan hari anda *sambil melambai-lambai pada encik kidal yang comel*

Monday, August 9, 2010

RedanGians

Perjalanan dari jeti ke Pulau Redang..ombak bulan April masih terasa kuat..


Sampai di Redang Kalong Resort..satu-satunya resort yang masih ada di sebelah pantai ini (yang lain semua tertumpu di Long Beach dekat belakang hutan tu).Sesapa yang nakkan ketenangan di pantai, resort ini pasti sesuai.

Mula-mula

Untuk starting ni, eloklah kot dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim...